Tuesday, June 17, 2008

Rambut oh rambut!

Hai kodok-kodok sekalian. Kali ini kodok ingin memberikan petua tentang merawat keguguran rambut. Kodok memang takde rambut pun, hehe :) Tapi setelah lama bergaul dengan manusia, dapatlah mempelajari sedikit sebanyak petua. Setiap ilmu yang dikongsikan walaupun sedikit jika mendatangkan manfa'at adalah lebih baik daripada banyak ilmu tapi kedekut utk mengongsikan ilmu tersebut.


MENGATASI KEGUGURAN RAMBUT

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, akan anda dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

No comments: