Monday, May 26, 2008

Boleh tak makan kodok?


Apakah hukumnya bagi orang Islam yang memakan daging kodok?

Dari segi dalil, terdapat sebuah hadith yang menyebutkan tentang memakan kodok.

“Dari Abdurrahman bin Utsman Al-Quraisy bahwanya seorang tabib (doktor) bertanya kepada Rasulullah SAW, tentang kodok yang dipergunakan dalam campuran ubat, maka Rasulullah SAW melarang membunuhnya.” (Ditakharijkan oleh Ahmad dan dishahihkan Hakim, ditakhrijkannya pula Abu Daud dan Nasa’I).

Dari hadith ini, para ulama umumnya mengatakan bahwa memakan daging kodok itu halal. Sebab Rasulullah SAW melarang untuk membunuhnya.Sementara di kalangan ulama berkembang sebuah kaedah bahwa haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk membunuhnya, hukumnya haram dimakan. Walaupun tidak disebutkan bahwa haiwan itu najis atau haram dimakan. Demikian juga dengan haiwan yang dilarang untuk membunuhnya, hukumnya pun haram dimakan, meski tidak ada keterangan bahwa dagingnya najis atau haram dimakan.

Sekiranya boleh dimakan, maka tidak akan dilarang untuk membunuhnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmadn Ishaq, Alhakim dari Abdurrahman bin Utsman at-Tamimi.

Mereka yang mengharamkan kodok juga menyandarkan larangan ini kepada dalil yang menyatakan bahwa kodok itu termasuk haiwan yang menjijikkan secara umum.

Jumhur ulama berpendapat bahwa kodok itu tidak halal dimakan berdasarkan dalil dan kaedah di atas.

Mereka yang Menghalalkan.

Mereka adalah kalangan mazhab Maliki. Imam Malik menghalalkan kodok dan sebangsanya. Sebagaimana sudah seringkali dijelaskan, umumnya pendapat mazhab ini merujuk kepada dalil secara apa adanya. Bila di dalam dalil itu tidak disebut tentang najis atau haramnya suatu haiwan, maka mereka akan berpendapat untuk tidak mengharamkannya.

Mereka mengatakan bahwa memakan kodok dan haiwan semacamnya seperti serangga dan kura-kura hukumnya boleh selama tidak ada dalil yang secara jelas mengharamkannya.

Dan mengkategorikan haiwan-haiwan itu sebagai khabaits (kotor), adalah tidak wajar kerana ianya adalah suatu yang bersifat subjektif. Ada orang yang tidak merasa bahawa haiwan itu menjijikkan atau kotor dan juga ada yang sebaliknya. Sehingga untuk mengharamkannya tidak cukup dengan itu, tapi harus ada dalil yang jelas. Dan menurut Al-Malikiyah, tidak ada dalil yang melarang secara tegas memakan haiwan-haiwan itu.

Yakin Boleh

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: Ilmu yang sedikit apabila berada teguh di dalam hati, ibarat titisan hujan yang jatuh ke bumi yang gersang lalu menumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tak banyak yang ingin kodok perkatakan kali ini, sekadar mengingatkan agar kita masing-masing sentiasa berfikiran positif dalam segala hal. Kita adalah apa yang kita fikirkan!


Kau Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh.





Pantang Larang Di Sungai

Salam penuh keceriaan para pembaca semua. Hari ini kodok ingin memperkatakan tentang pantang larang manusia terutama masyarakat Melayu. Secara khususnya, kodok ingin menyentuh pantang larang yg bekenaan dengan sungai. Sebelum mengongsikan beberapa pantang larang yang kodok pernah dengar, kodok ingin menegaskan di sini bahawa segala pantang larang ni tidak diketahui kesahihannya secara saintifik. Jika benar pun, mungkin kebetulan. Dibawah adalah antara pantang larang yg pernah dikhabarkan kpd kodok:

1. Dilarang membawa limau purut ke sungai, nanti dibaham buaya.
2. Jika kail disambar gondang (siput besar), alamat rezeki mendatang.
3. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
4. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
5. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
6. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

Entah betul atau tidak, kodok tak pasti. Mungkin masyarakat Melayu dahulu kala ada alasan mereka tersendiri.

Sunday, May 25, 2008

Jangan merasa rendah diri.


ADAKAH ANDA MEMPUNYAI BENTUK FIZIKAL BEGINI?
ADAKAH ANDA KURANG HENSEM KURANG MENGANCAM?
JANGAN RISAU..SAYA ADA JALAN PENYELESAIAN UNTUK ANDA :)

CARANYA JUGA AMAT MUDAH, GUNAKAN 'LAW OF ATTRACTING KODOK' DENGAN AFFIRMASI "AKU ADALAH KODOK YANG HENSEM, GAGAH DAN TAMPAN"
DAN JANGAN LUPA BUAT VISION BOARD ANDA DENGAN MELETAKKAN GAMBAR KODOK HENSEM SEPERTI INI :
AMALKAN CARA INI SETIAP KALI BANGUN TIDUR DAN SEBELUM TIDUR INSYAALLAH BERJAYA! MAJULAH KODOK UNTUK NEGARA :)