Tuesday, June 17, 2008

Kuasai minda anda.


Control your mind or it controls you! Jika kita mengetahui betapa minda mempunyai kuasa yang sungguh menakjubkan, kita tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Untuk itu, kita harus mampu mengawal minda supaya apa yang kita fikirkan boleh menjadi realiti. Caranya juga agak mudah, luangkan masa anda sekurang-kurangnya 5minit setiap hari untuk melakukan latihan yang diberi nama 'The heart of the rose' . Apa yang anda perlukan adalah sekuntum mawar merah yang segar dan tempat yang sunyi dan tenang. Mawar boleh diumpamakan seperti sebuah kehidupan yang penuh ranjau dan duri, apabila kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat mencapai impian kita, maka akhirnya kita akan berjaya mengharungi segala halangan dan memperoleh kejayaan yang kita impikan. Berbalik pada latihan tadi, anda tenung bunga tersebut dalam-dalam, amati warna dan bentuknya betul-betul, nikmati harumannya dan hanya fikirkan tentang mawar yang ada didepan mata kita itu saja. Tidak dinafikan pada peringkat permulaan ini, perkara lain akan terlintas difikiran, mengganggu tumpuan kita pada mawar tadi. Itu tandanya minda kita belum dilatih lagi. Tak usah risau, kembalikan semula fokus kita, lama kelamaan minda kita akan bertambah kuat dan lebih berdisiplin.

Selepas satu atau dua minggu, apabila sudah biasa dengan latihan ini, kita akan mampu melakukannya selama 20minit tanpa memikirkan perkara lain selain objek yang ada didepan kita. Ini bermakna, kita sudah mampu mengambil semula kuasa untuk mengawal minda kita. Maka minda akan dapat melaksanakan perkara yang luarbiasa dan diluar jangkaan. Percaya atau tidak, terpulang pada anda!

No comments: