Monday, May 26, 2008

Pantang Larang Di Sungai

Salam penuh keceriaan para pembaca semua. Hari ini kodok ingin memperkatakan tentang pantang larang manusia terutama masyarakat Melayu. Secara khususnya, kodok ingin menyentuh pantang larang yg bekenaan dengan sungai. Sebelum mengongsikan beberapa pantang larang yang kodok pernah dengar, kodok ingin menegaskan di sini bahawa segala pantang larang ni tidak diketahui kesahihannya secara saintifik. Jika benar pun, mungkin kebetulan. Dibawah adalah antara pantang larang yg pernah dikhabarkan kpd kodok:

1. Dilarang membawa limau purut ke sungai, nanti dibaham buaya.
2. Jika kail disambar gondang (siput besar), alamat rezeki mendatang.
3. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
4. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
5. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
6. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

Entah betul atau tidak, kodok tak pasti. Mungkin masyarakat Melayu dahulu kala ada alasan mereka tersendiri.

No comments: