Monday, May 26, 2008

Boleh tak makan kodok?


Apakah hukumnya bagi orang Islam yang memakan daging kodok?

Dari segi dalil, terdapat sebuah hadith yang menyebutkan tentang memakan kodok.

“Dari Abdurrahman bin Utsman Al-Quraisy bahwanya seorang tabib (doktor) bertanya kepada Rasulullah SAW, tentang kodok yang dipergunakan dalam campuran ubat, maka Rasulullah SAW melarang membunuhnya.” (Ditakharijkan oleh Ahmad dan dishahihkan Hakim, ditakhrijkannya pula Abu Daud dan Nasa’I).

Dari hadith ini, para ulama umumnya mengatakan bahwa memakan daging kodok itu halal. Sebab Rasulullah SAW melarang untuk membunuhnya.Sementara di kalangan ulama berkembang sebuah kaedah bahwa haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk membunuhnya, hukumnya haram dimakan. Walaupun tidak disebutkan bahwa haiwan itu najis atau haram dimakan. Demikian juga dengan haiwan yang dilarang untuk membunuhnya, hukumnya pun haram dimakan, meski tidak ada keterangan bahwa dagingnya najis atau haram dimakan.

Sekiranya boleh dimakan, maka tidak akan dilarang untuk membunuhnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmadn Ishaq, Alhakim dari Abdurrahman bin Utsman at-Tamimi.

Mereka yang mengharamkan kodok juga menyandarkan larangan ini kepada dalil yang menyatakan bahwa kodok itu termasuk haiwan yang menjijikkan secara umum.

Jumhur ulama berpendapat bahwa kodok itu tidak halal dimakan berdasarkan dalil dan kaedah di atas.

Mereka yang Menghalalkan.

Mereka adalah kalangan mazhab Maliki. Imam Malik menghalalkan kodok dan sebangsanya. Sebagaimana sudah seringkali dijelaskan, umumnya pendapat mazhab ini merujuk kepada dalil secara apa adanya. Bila di dalam dalil itu tidak disebut tentang najis atau haramnya suatu haiwan, maka mereka akan berpendapat untuk tidak mengharamkannya.

Mereka mengatakan bahwa memakan kodok dan haiwan semacamnya seperti serangga dan kura-kura hukumnya boleh selama tidak ada dalil yang secara jelas mengharamkannya.

Dan mengkategorikan haiwan-haiwan itu sebagai khabaits (kotor), adalah tidak wajar kerana ianya adalah suatu yang bersifat subjektif. Ada orang yang tidak merasa bahawa haiwan itu menjijikkan atau kotor dan juga ada yang sebaliknya. Sehingga untuk mengharamkannya tidak cukup dengan itu, tapi harus ada dalil yang jelas. Dan menurut Al-Malikiyah, tidak ada dalil yang melarang secara tegas memakan haiwan-haiwan itu.

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih akudankodok kerana memberi kn info yg mungkin ramai orang blum tahu. teruskan menulis & melompat lah setinggi2 nya untuk mencapai matlamat anda :)

Irwan Hermansyah said...

blog melayu ya? pantes bingung hewan kok dibilang haiwan :)

Akudankodok said...

Thanks a lot Zainlite kerana sudi membaca blog saya ini. Memang ni blog Melayu. Kita kan serumpun, walaupun ada beberapa perbezaan dlm bahasa, sekurang2nya masih boleh memahami isi kandungan blog ini.