Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, June 17, 2008

The secret of happiness



Find out what you truly love to do and then direct all of your energy towards doing it. Once you're concentrating your mind power and energy on a pursuit that you love, abundance flows into your life, and all desires are fulfilled with ease and grace.

Kuasai minda anda.


Control your mind or it controls you! Jika kita mengetahui betapa minda mempunyai kuasa yang sungguh menakjubkan, kita tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Untuk itu, kita harus mampu mengawal minda supaya apa yang kita fikirkan boleh menjadi realiti. Caranya juga agak mudah, luangkan masa anda sekurang-kurangnya 5minit setiap hari untuk melakukan latihan yang diberi nama 'The heart of the rose' . Apa yang anda perlukan adalah sekuntum mawar merah yang segar dan tempat yang sunyi dan tenang. Mawar boleh diumpamakan seperti sebuah kehidupan yang penuh ranjau dan duri, apabila kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat mencapai impian kita, maka akhirnya kita akan berjaya mengharungi segala halangan dan memperoleh kejayaan yang kita impikan. Berbalik pada latihan tadi, anda tenung bunga tersebut dalam-dalam, amati warna dan bentuknya betul-betul, nikmati harumannya dan hanya fikirkan tentang mawar yang ada didepan mata kita itu saja. Tidak dinafikan pada peringkat permulaan ini, perkara lain akan terlintas difikiran, mengganggu tumpuan kita pada mawar tadi. Itu tandanya minda kita belum dilatih lagi. Tak usah risau, kembalikan semula fokus kita, lama kelamaan minda kita akan bertambah kuat dan lebih berdisiplin.

Selepas satu atau dua minggu, apabila sudah biasa dengan latihan ini, kita akan mampu melakukannya selama 20minit tanpa memikirkan perkara lain selain objek yang ada didepan kita. Ini bermakna, kita sudah mampu mengambil semula kuasa untuk mengawal minda kita. Maka minda akan dapat melaksanakan perkara yang luarbiasa dan diluar jangkaan. Percaya atau tidak, terpulang pada anda!

Ceriakan hari-harimu..


Kita akan menjadi risau bila sering memikirkan bermacam-macam masalah hingga tiada ruang untuk kita berasa tenang. Sebenarnya kita sendiri harus bijak menangani apa jua masalah yang melanda. Pilihan ditangan kita. Search for the positive in every circumstance! Sebagai contoh, apabila musibah menimpa, tidak semestinya akan memburukkan keadaan bahkan mungkin sebagai satu titik tolak untuk sebuah kejayaan atau penghidupan baru yang lebih selesa. Tiada guna jika hanya berasa risau atau stress tanpa memikirkan cara untuk mengatasinya.

Seperkara lagi, ramai yang akan tertekan bila membuat kesilapan. Ketahuilah, tidak ada istilah silap dalam hidup, semua itu hanyalah merupakan pengajaran yang harus kita ambil iktibar. Ceriakan hari anda dan kawal minda supaya sentiasa memberikan respon yang positif apabila perkara yang kurang menyenangkan berlaku.

Tuesday, June 3, 2008

Demi Masa..



AKTIVIS pertubuhan Islam di Amerika Syarikat, Dr Hisham Yahya Al-Talib pernah menulis, “Apakah yang terpanjang, terpendek, terpantas dan sangat perlahan, kita semua tidak mengendahkannya, tetapi selepas itu, kita semua menyesalinya?
“Tiada apa pun yang dapat dilakukan tanpanya, ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar?”
Itulah masa.
Masa adalah yang terpanjang kerana masa adalah ukuran keabadian dan juga yang terpendek. Hal ini kerana tiada seorang pun antara kita yang mempunyai masa yang cukup untuk menyiap atau menyempurnakan segala tugas dalam kehidupan.
Bagi mereka yang gembira, masa berlalu terlalu cepat. Tetapi bagi mereka yang menderita, masa berlaku terlalu lambat.
Tiada apa-apa pun yang dapat dilakukan tanpanya. Hal ini kerana masa adalah satu-satunya pentas kehidupan kita. Masa juga adalah unsur asas bagi pembentukan kehidupan.
Masa menelan semua yang tidak berfaedah daripada generasi dalam bentuk kelalaian dan mengekalkan semua yang hebat dan berharga.
Manusia terbahagi kepada dua kategori. Pertama, manusia malang iaitu kumpulan yang murung atau pasif yang selalu memulakan sesuatu pada keesokan hari atau dengan perkataan lain, suka bertangguh.
Satu kategori lagi ialah kumpulan manusia yang hebat dan bersedia melakukan sesuatu berfaedah dengan segera. Bagi mereka tidak ada hari esok.
Membuang masa bukan hanya satu jenayah biasa, sebaliknya satu pembunuhan kejam.
Ramai percaya kepada ungkapan masa itu emas atau masa itu wang. Anehnya, kita tidak pernah terfikir untuk membiarkan sesiapa pun mencuri wang kita walaupun hakikatnya membiarkan manusia serta benda lain meragut masa kita.
Setiap pagi apabila bangun daripada tidur, buku catatan sudah tersedia untuk dipenuhi dalam masa 24 jam.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Pada setiap kali terbit fajar, ada dua malaikat menyeru: “Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu.
“Oleh itu manfaatkan aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi hingga Hari Kiamat.”
Pada setiap hari, masa perlu diisi dengan perkara berfaedah dan mendatangkan kebaikan sama ada di dunia atau akhirat.
Sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita boleh berfikir dan merancang pekerjaan yang mendatangkan keuntungan di dunia dan akhirat.
Rasulullah mengajar kita pelbagai amalan yang boleh dilakukan pada minit terluang yang biasanya dibiarkan berlalu begitu saja.
Apa-apa yang diajar kepada kita, sebenarnya sangat mudah. Tetapi, faedahnya cukup besar, terutama sebagai bekalan untuk menghadapi hari kemudian yang semakin hampir.
Antaranyaialah membaca Surah al-Mulk. Surah yang mengandungi 30 ayat itu boleh dibaca dalam masa lima minit saja. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur.
Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku.”
Surah al-Waqi’ah yang mengandungi 96 ayat dan boleh dihabiskan dalam masa lapan minit juga elok dijadikan amalan. Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang membaca Surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya.”
Begitu juga dengan Surah Yasin yang mengandungi 83 ayat dan memakan masa 12 minit untuk dibaca. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama
bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah kesulitan itu.
Mungkin ada yang berasa sukar untuk membaca surah di atas jika tidak menghafaznya. Bagi mereka ada gantinya. Bacalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (Surah al-Ikhlash) sebanyak tiga kali yang mengambil masa 15 saat saja. Pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran!
Zikir tertentu sangat besar gunanya. Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata ‘Subhanallah wa biham dihi’ ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga.”

Monday, June 2, 2008

Hidup Dalam Bayangan


Apakah yang terlintas dalam fikiran anda ketika melihat gambar di atas? Ya! Kodok yang hidup dalam bayangan!

Di sini kodok hanya ingin mengingatkan kodok-kodok lain agar tidak hidup dalam bayangan masa lalu. Masa lalu tiada kena mengena dengan hidup kita sekarang dan masa hadapan.

Masa yang telah lalu itu biarlah berlalu. Masa sekarang lah yang menentukan masa depan kita. Adakah kita masih mahu hidup di bawah tempurung? Terpulang pada kodok-kodok sekalian.

Monday, May 26, 2008

Yakin Boleh

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: Ilmu yang sedikit apabila berada teguh di dalam hati, ibarat titisan hujan yang jatuh ke bumi yang gersang lalu menumbuhi tumbuh-tumbuhan. Tak banyak yang ingin kodok perkatakan kali ini, sekadar mengingatkan agar kita masing-masing sentiasa berfikiran positif dalam segala hal. Kita adalah apa yang kita fikirkan!


Kau Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh.